KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & GOTONG ROYONG MASJID



Kursus Pengurusan Jenazah & Gotong - Royong membersihkan Masjid Raudhatul Jannah Bukit Katil, Melaka. Anjuran Mini RTC Bukit Bayan bersama GIATMARA Bukit Katil dan AJK Masjid, Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka pada 24 Ogos 2016. 

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar disamping dapat mendidik para pelatih untuk mengimarahkan masjid serta menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan jenazah. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak Mini RTC Bukit Bayan, AJK Masjid Raudhatul Jannah dan GIATMARA Bukit Katil atas program yang dianjurkan. 

Tahniah diucapkan kepada para pelatih GIATMARA Kota Melaka dan Bukit Katil atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT.